Muzik video Falling_in_Love_(lagu_Siti_Nurhaliza)

Muzik video “Falling in Love” telah dirakamkan menggunakan kamera Canon 5D Mark II selama 5 jam pada 12 September 2011, di sekitar ruang masuk ke Pavilion Kuala Lumpur.[2] Muzik video ini diarahkan oleh Khairul Azmi dengan konsep flash mob yang mengambil seramai 200 penari yang kebanyakannya ialah pemninat-peminatnya. [2] Muzik video Falling In Love telah disiarkan pada 13 Oktober 2011 di laman web rasmi MTV Asia.[3] Konsep sama juga digunakan oleh kumpulan Wonder Girls untuk muzik video lagu “Like This”.

Sinopsis

Muzik video dimulakan dengan Siti berdiri di pintu ruang masuk pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dan beliau kemudiannya melangkah keluar dari ruang legar, diiringi oleh dua lelaki dan seterusnya oleh orang ramai yang mengiringinya keluar sehingga ke perkarangan pusat beli-belah itu dan menari bersamanya. Seterusnya, ketika menyanyikan korus, Siti dan orang ramai menari bersamanya. Pada adegan seterusnya, Siti berjalan sambil membalas lambaian peminatnya. Seterusnya, beliau diiringi oleh peminat-peminatnya dan menari bersamanya. Siti kemudiannya menuju ke perkarangan Pavilion yang mana bendera Malaysia kelihatan dan beliau menerima solekan dari peminatnya, serta bersalaman dengan salah seorang peminatnya sambil bergambar bersama dan Siti bersama ribuan peminatnya menari sehingga ke penghujung muzik video. Pada penghujungnya, semua orang, termasuk Siti sendiri bersurai sebaik sahaja lagu tamat.

Koreografi

Koreografi untuk muzik video ini dikendalikan oleh Boojae Fadzil. [2]

Rujukan

WikiPedia: Falling_in_Love_(lagu_Siti_Nurhaliza) http://www.1liriklagu.com/lirik-falling-in-love-si... http://www.mtvasia.com/music/artists/siti-nurhaliz... http://www.sitizone.com http://www.gua.com.my/berita-artis/Flashmob_Dalam_... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.nib.com.my/archives/text/view/69795612?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/72238229?... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.mediahiburan.my/video/falling-in-love-v... http://www.marinabaycountdown.sg/blog/index.php?re...